PENGENALAN
AKADEMI AL KHOLIDI
Adalah pusat institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam penyebaran ilmu yang berkaitan keagamaan dan kesenian Islam yang berasaskan konsep pengajian dalam format semesta, kursus dan bengkel. Akademi ini diilhamkan oleh Allahyarham Tn. Hj Anuar Wahab a.m.n selaku Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Kesinambungan idea beliau maka wujudlah AKADEMI ini dengan penjenamaan semula sebagai AKADEMI AL KHOLIDI yang membawa maksud KEKAL yang dicadangkan oleh Tn. Hj Suhaimi Kalis selaku penasihat Akademi. Akademi ini diurus tadbir oleh Al Kholidi Resources selaku pemengang amanah dalam pengurusan akademi. Di samping itu akademi juga menyediakan ruang untuk sewaan latihan serta fasiliti yang berkaitan untuk tujuan kursus dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta keagamaan demi penyebaran ilmu kepada pelajar dan peserta.