LATAR BELAKANG
AKADEMI AL KHOLIDI ​Adalah pusat institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam penyebaran ilmu yang berkaitan keagamaan dan kesenian Islam yang berasaskan konsep pengajian dalam format semesta, kursus dan bengkel. Akademi ini diilhamkan oleh Allahyarham Tn. Hj Anuar Wahab a.m.n selaku Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Kesinambungan idea beliau maka wujudlah AKADEMI ini dengan penjenamaan semula sebagai AKADEMI AL KHOLIDI yang membawa maksud KEKAL yang dicadangkan oleh Tn. Hj Suhaimi Kalis selaku penasihat Akademi. Akademi ini diurus tadbir oleh Al Kholidi Resources selaku pemengang amanah dalam pengurusan akademi. Di samping itu akademi juga menyediakan ruang untuk sewaan latihan serta fasiliti yang berkaitan untuk tujuan kursus dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta keagamaan demi penyebaran ilmu kepada pelajar dan peserta.
VISI & MISI
VISI
Menjadi sebuah intitusi pengajian dan latihan seni yang berkaitan dengan seni budaya Islam dan seni melayu bagi meningkatkan warisan seni negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial dunia.
MISI​
-
Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni Islam dan seni melayu yang bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
-
Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan kesenian Islam dan kesenian melayu bagi warisan negara.
OBJEKTIF
OBJEKTIF penubuhan Akademi adalah sebagai sebuah institusi pengajian yang menyediakan ruang pembelajaran untuk pengajian yang ditawarkan dalam bentuk semester, kursus dan bengkel. Disamping itu sebagai pusat penyelidikan kesenian Islam dan kesenian melayu serta menjadi tempat rujukan khidmat nasihat profesional dalam bidang yang berkaitan.