Muzik Silat adalah satu seni warisan melayu lama yang dimainkan pada zaman dulu untuk mengiringi pesilat. Asalnya muzik silat adalah gendang perang yang ditempatkan di institusi kerajaan Diraja bersama dengan pahlawan kerajaan melayu tradisi. Ini kerana muzik silat ini hanya dimainkan untuk menaikkan semangat pahlawan pada masa itu di dalam medan peperangan serta pertunjukkan silat melayu di hadapan raja
​​​
Kini muzik silat ini tidak lagi dinaungi di institusi Diraja dan boleh dimainkan oleh rakyat biasa untuk persembahan silat seperti pertunjukkan silat pulut, pertandingan silat dan acara-acara keramaian.
​​
​
SENARAI PENGAJIAN YANG DI TAWARKAN
AKADEMI AL KHOLIDI MENITIKBERATKAN HAL - HAL PENGAJIAN YANG BERKAIT RAPAT DENGAN KESENIAN ISLAM. KAMI INGIN MENGEMBANGKAN KEILMUAN KESENIAN ISLAM KEPADA PARA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENDALAMI DAN MEMPELAJARI. DI BAWAH INI ADALAH KETERANGAN PENGAJIAN YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK AKADEMI
​


PENGAJIAN ISLAM ( TAUHID )
Pengajian Islam Tauhid adalah pengkhursusan Ilmu Tauhid yang disampaikan oleh Tuan Guru
Hj. Suhaimi Khalis berdasarkan kepada kitab beliau berjudul 4 Wajah. Terdapat 3 peringkat yang telah disusun untuk pengajian ini.
Peringkat 1 mengandungi 8 modul
Peringkat 2 mengandungi 10 modul
Peringkat 3 mengandungi 1 modul
​
Terdapat 2 sesi pengajian secara semesta ( jangka panjang ) dan kursus ( jangka pendek ).
Sila klik link dibawah untuk jadual dan masa pengajian yang ditawarkan.
PENGAJIAN MUZIK SILAT
Beladiri adalah cara atau teknik serangan dan elakkan diri yang boleh digunakan semasa berhadapan dengan musuh. Sebagai contoh elakkan, tepisan serta pukulan serangan. Keseniannya timbul dalam setiap pergerakan tersebut yang membuatkan serangan beladiri itu mudah, cepat dan tepat. Di akademi para pelajar akan didedahkan dengan ilmu seni beladiri ini yang boleh digunapakai apabila berhadapan dengan musuh. Pihak akademi menggunapakai silibus dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang menjadi pendiri bagi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
​
Pengajian ini melibatkan 3 kategori iaitu Kelas Dewasa, Kanak - kanak dan Wanita.